Utama – Terma & Syarat
Untuk memastikan pengalaman penyewaan yang lancar, sila baca dan fahami syarat serta peraturan di bawah sebelum menyewa kenderaan dari kami. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat ini.
Semasa mengambil kereta yang disewa, anda mesti menyerahkan dokumen berikut:
Hanya individu yang mempunyai lesen memandu kelas “D” dibenarkan memandu kereta yang disewa. Sekiranya kenderaan dipandu oleh individu tanpa lesen yang sah, penyewa akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang akibat.
Untuk penyewaan sehari, had jarak perjalanan ialah 200km. Jika melebihi had ini, kadar sewaan tambahan sehari akan dikenakan.
Dilarang menggunakan kereta sewa untuk melakukan aktiviti jenayah, mengubahsuai keadaan kenderaan, atau mencuri aksesori kereta. Kami akan membuat laporan polis sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi.
Dilarang menyewakan atau meminjamkan kereta sewa kepada pihak ketiga. Segala tanggungjawab sepenuhnya terletak kepada penyewa yang berdaftar.
Sebarang kerosakan, sama ada kecil atau besar, yang berlaku pada kenderaan semasa tempoh penyewaan akan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa dan penjamin. Tuntutan gantirugi akan dikenakan mengikut tahap kerosakan yang dialami.
Kereta mestilah dipulangkan tepat pada masa yang dijanjikan. Kelewatan akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM10.00 untuk setiap 1 jam. Jika lewat melebihi 5 jam, kadar sewaan sehari penuh akan dikenakan.
Jika penyewa ingin menambah hari sewaan, mereka mesti memaklumkan kepada pihak Syillas Car Rental dan membuat bayaran segera untuk tambahan hari tersebut.
Sekiranya kereta tidak dipulangkan melebihi 24 jam tanpa sebarang notis, ia dianggap sebagai kes “curi kereta” dan laporan polis akan dibuat. Sebarang masalah yang timbul akan ditanggung oleh penyewa.
Dilarang menggunakan kereta sewa bagi tujuan e-hailing seperti Grab, MyCar, atau perkhidmatan seumpamanya.
Dilarang menggunakan kereta untuk mengangkut barang pindah, barang basah, pertanian, perikanan, atau barangan melebihi muatan yang dibenarkan.
Penyewa tidak dibenarkan memandu kereta sewa keluar dari Semenanjung Malaysia.
Dilarang merokok atau menggunakan vape di dalam kereta. Jika kereta berbau asap rokok atau vape semasa pemulangan, wang deposit tidak akan dikembalikan.
Dilarang membawa barang yang berbau kuat seperti durian, petai, dan seumpamanya. Wang deposit akan ditolak sekiranya didapati ada bau kuat.
Haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, burung, dan sebagainya dilarang dibawa di dalam kereta.
Kereta mestilah dipulangkan dalam keadaan bersih dan baik. Wang deposit akan ditolak jika kereta dikembalikan dalam keadaan kotor.
Wang deposit akan dikembalikan kepada penyewa dalam masa 5-10 hari waktu bekerja, selepas pemeriksaan kereta selesai.
Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang saman yang dikeluarkan sepanjang tempoh penyewaan, termasuk saman Trafik, PDRM, JPJ, dan Majlis Bandaraya.
Pihak Syillas Car Rental berhak untuk mengubah suai syarat dan peraturan ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan.